Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTentang DBP - Lagu-Lagu DBP

KUKASIH BAHASAKU    
 
Bahasa Melayu bahasaku
Bahasa Kebangsaan negaraku
Citra jati diri bangsa
Bahasa menyatukan kita
 
Wahai bangsaku
Wahai temanku
Berbanggalah berbahasa Melayu
Setialah berbahasa Melayu
Berdiri teguh bahasaku
Teguh gagah negaraku
 
Ulang 2x
 
Kukasih kukasih bahasaku
Kukasih kukasih bahasaku
Kukasih kukasih bahasaku
Kukasih bahasa Melayu
 
Lagu: Awangku Mohd Ali Al-Thani bin Pengiran Haji Hashim
Lirik: Fikrah Insan
Penyanyi: Isammudin Samsuddin
 

MINGGU BAHASA

Marilah rakyat semua
Berikrar dan setia
Memuja bahasa ibunda
Bahasa jiwa bangsa
Bahasa Melayu raya
Tandanya kita jaya
Bangunlah majulah semua
Bahasa lambang bersama
Tuntutlah bahasa Melayu
Tanda bangsa kita menuju niat satu
Berdaulat serta digahayu
Dan mulia bahasa Melayu
Marilah kita semua belajar bersama-sama
Dengan tekun dan tabah bahasa Melayu jaya
Mari kita semua memuja sastera ibunda
Dengan semangat setia bahasa Melayu raya

Gubahan: Awang Besar Sagap
Seni Kata: Yura Halim
 

MENJUNJUNG BAHASA

Bila pohon ada akarnya
Akar tak ada pohon tiada
Begitu pula pada negara
Bahasa adalah jati diri bangsa
 
Bila harimau ditanda belangnya
Kerbau ditanda pada tanduknya
Manusia ditanda pada bahasanya
Bahasa menunjukkan bangsa
Wahai generasi belia bangsa
Megah.setia berbahasa Melayu
Junjung warisan kita sepanjang masa
Jadilah bangsa berjaya 3x dan maju

Lagu Ciptaan: Ravelz Guci dan Asrizal Nur
Syair Ciptaan: Aminah Momin dan Asrizal Nur 


DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dewan Bahasa dan Pustaka                            
Penggerak usaha bersepadu 
Membina dan mengembangkan 
Bahasa dan sastera Melayu
Tegak teguh di bumi Darussalam 
Bahasa dan sastera Melayu 
Teras identiti bangsa merdeka 
Mendukung negara maju bersatu
Bahasa jiwa bangsa 
Slogan membina semangat 
Menyatupadukan rakyat 
Memupuk taat setia
Dewan Bahasa dan Pustaka 
Memelihara warisan tradisi 
Pemangkin daya kreativiti 
Penggalak budaya membaca
Dewan Bahasa dan Pustaka 
Gigih prihatin dan mendaulatkan 
Bahasa dan sastera Melayu 
Bersama Mabbim dan Mastera

Lirik   : Dato Paduka Haji Aliddin bin Haji Othman 
Muzik: Hamdi bin Haji Shafie


BAHASA MELAYU

Termaktub dalam perlembagaan kita
Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
Menjadi salah satu unsur utama
Mendukung Melayu Islam Beraja
Semua lapisan masyarakat berperanan
Mendaulatkan bahasa Melayu
Mengangkat martabatnya
Menggunakannya dalam semua urusan
Bahasa Melayu asa jati diri bangsa
Negara Brunei Darussalm yang merdeka
Sebagai alat komunikasi berkesan
Mengukuh perpaduan dan semangat kebangsaan
Kita bina dan majukan bahasa Melayu
Tinggikan mutunya ke tahap gemilang
Jadikan jambatan penghubung
Ke arah mencapai kemajuan bangsa
Bahasa menunjukkan bangsa
Maju bahasa dan maju bangsa
Kasihilah bangsa
Kasihilah bahasa          

Lirik: Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman
Muzik: Hamdi bin Haji Shafie


MINGGU BAHASA

Marilah rakyat semua
Berikrar dan setia
Memuja bahasa ibunda
Bahasa jiwa bangsa
Bahasa Melayu raya
Tandanya kita jaya
Bangunlah majulah semua
Bahasa lambang bersama
Tuntutlah bahasa Melayu
Tanda bangsa kita menuju niat satu
Berdaulat serta digahayu
Dan mulia bahasa Melayu
Marilah kita semua belajar bersama-sama
Dengan tekun dan tabah bahasa Melayu jaya
Mari kita semua memuja sastera ibunda
Dengan semangat setia bahasa Melayu raya

Gubahan: Awang Besar Sagap
Seni Kata: Yura Halim


SEMARAK BAHASA

Masa demi masa berlalu
Dewan Bahasa dan Pustaka
Mengorak langkah bergerak maju
Menanai amanah bangsa merdeka
Mengembangmajukan bahasa Melayu
Tugas dan tanggungjawab bersepadu dengan kesedaran
Dan sokongan masyarakat
Bahasa Melayu dekat di hati rakyat
Bahasa jiwa bangsa pemakar semangat juang
Bahasa Melayu perkasa
Membina bangsa cemerlang
Megahlah bahasa Melayu jati diri bangsaku
Wahana perhubungan eratkan perpaduan 
Berkembang subur sepanjang zaman.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Memikul harapan bangsaku
Untuk menjulang bahasa Melayu
Ke persada dunia langit terbuka
Ho..
Bahasa jiwa bangsa pembakar semangat juang
Bahasa melayu perkasa
Membina bangsa cemerlang
Megahlah bahasa Melayu jati diri bangsaku
Wahana perhubungan eratkan perpaduan 
Bahasa jiwa bangsa pembakar semangat juang
Bahasa Melayu perkasa
Membina bangsa cemerlang
Megahlah bahasa Melayu jati diri bangsaku
Wahana perhubungan eratkan perpaduan
Berkembang subur sepanjang zaman
Bersemaraklah bahasaku menjulang bangsaku
Di pentas dunia menyatu meniti aliran waktu
Semaraklah bahasa ku..
 
 
Gubahan: Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman
Seni Kata: Fathan Haji Anuar